Aku duduk bersebelahan Cik In.Nama penuhnya Kamarulbahrin Mohd Dawam.Minatnya main drum.
Sekejap-sekejap mengetuk meja dengan dua jari telunjuknya.Suka menyanyi lagu Inggeris.Lagu The Beatles.
I should have known better with the girl likes you . Make I would love everything that you do.
And I do........ and I do........... .Sepatah pun aku tak faham apa yang dinyanyikannya.Rambutnya fesyen GI.
Pendek belakang panjang depan.Nampak kulit kepala.
Aku cukup minat dengan pelajaran Ilmu Hisab.Cikgu Hamidah yang mengajar.Suaranya lantang.Aku mudah faham apa yang diajar.Selalulah aku jadi teladan kepada orang lain.Selalu juga kawan-kawan yang senior setahun, perli aku.Adik cikgu Midah lah....Pelajaran Tawarikh cikgu Mokhtar yang ajar.Buku teksnya Malaya Dalam Tawarikh Dunia 1.Aku suka pelajaran ni.Cikgu Mokhtar mengajar bersungguh-sungguh.Sampai berkerut-kerut keningnya nak bagi tertarik dan faham.Aku teringat kisah lucu semasa belajar Tawarikh.Tajuk pelajaran berkaitan dengan kehidupan orang-orang nomad yang suka berpindah-randah.Khemah dibuat dari kulit binatang yang sudah dikeringkan.Kawasan padang pasir adalah persekitaran mereka.Cikgu Mokhtar bertanya, " Mengapakah orang-orang nomad suka berpindah-randah?" Kami memberi berbagai-bagai alasan.Aku menjawab, "Kerana kesempitan hidup." Kemudian cikgu Mokhtar mengulas jawapan aku.Aku rasa bangga dengan jawapan itu.Kawan-kawan sekelas menjeling padaku.Cikgu Mokhtar menuding jari ke arah Sharifah Fajariah.Sharifah bangun menjawab dengan gaya seorang pemidato, "Mereka ni tiada kampung halaman,tiada pekerjaan tetap, suka menyerang dan merampas barang-barang dagangan pedagang-pedagang yang melalui jalan sutera ke China.Mereka ni tiada kemaluan, cikgu." Lantang dan bersungguh-sungguh dia menjawab.Cikgu Mokhtar senyum mendengar jawapan Sharifah.Kami ketawa.Riuh-rendah satu kelas.Asiah mencuit Sharifah.Sharifah masih berdiri, bangga dengan jawapannya itu.Sharifah tunduk kerana Asiah membisikkan sesuatu.Kemudian dia turut ketawa sambil menutup mukanya.
Peperiksaan pertengahan tahun bermula.Bagi aku kacang aje.Aku yakin bolih semua pelajaran.Pencapaian sulung aku di sekolah menengah hebat juga.Dapat tempat ke lima dalam kelas.Dalam tingkatan tempat ke enam.Aku bertekad memperbaiki kedudukan itu dalam peperiksaan akhirtahun nanti.Dalam sukan aku kalah.Aku dalam kelas, pelajar yang terkecil, pendek macam budak sekolah rendah.Dalam persatuan aku aktif ambil bahagian.Aku suka bersajak.Aku masuk pertandingan deklamasi sajak anjuran Persatuan Dan Persuratan Bahasa Melayu sekolah.
Zaman itu berseluar pendek aje.Pakai baju merah jambu.Kasut putih kasut sekolah tu sajalah ku lanyak.Itu saja yang ada. Aku naik ke atas pentas yang dibina dari susunan meja-meja.Bergoyang-goyang.Kaki meja tak diikat. Ku lemparkan salam kepada semua.Ternampak wajah-wajah cikgu Mokhtar,cikgu Abdullah Rawi, cikgu Hilaludin,cikgu Hamidah,cikgu Kasim.Menggeletar tempurung lututku rasa.Aku memberanikan diri.
Menyesal
Dunia masih terus berputar,
masa jauh beredar,
hari muda ku telah melayang,
kini yang tua mulai membayang.
Dulu,
di masa belia,
aku lalai, aku lengah,
syaitan ku lambai,
hingga ku terfitnah.
Nah !
sekarang aku dihina,
dan juga dicela.
Kelalaian membawa erti,
kelengahan membawa makna.
Hidup ku meracun hati,
miskin, lemah dan segala-galanya.
Ah!
apa nak buat,
aku sudah terlambat,
tak guna bertaubat,
takkan memberi afiat.
Dengan genangan air mata yang terkumpul di kelopak mata kanan dan kiri, aku sangat gembira kerana dinobatkan sebagai johan deklamasi sajak mengalahkan penyajak air mata Asiah rakan sekelasku.Memang tak dinafikan,Asiah memang glamour sebagai dramatis air mata.Jika deklamasikan sajak yang sedih, dia pasti mengalirkan air mata.
Dalam pelajaran Ilmu Alam, aku suka cikgu Kasim.Dia memberi nota pelajaran ringkas dan padat.Mudah difahami.Ketika dia mengajar mengenai Australia, ada perkataan yang mencuit hati.Lembah Murray-Darling adalah kawasan yang subur terletak diantara Sungai Murray dengan Sungai Darling.Zaman itu permulaan remaja.Bila dengar perkataan darling tu, macam ada satu perasaan pula.Terbayang-bayang wajah Siti Aishah, Sharifah Fajariah, Rohani dan Robaayah.Memang cun mereka ni, pada aku.
Peperiksaan akhirtahun tak lama lagi.Aku sibuk menghafal fakta.Mengagak-agak soalan yang mungkin keluar nanti.Bagi aku peperiksaan tu tak hairanlah sangat.Aku berkeyakinan boleh menjawab dengan baik.Seperti ku duga.Aku boleh skor A semua pelajaran.Alhamdulillah.Hasratku untuk memperbaiki keputusan dan kedudukan dalam peperiksaan tercapai.Aku menduduki tempat pertama dalam tingkatan 1.
Tahun 1964, kami naik ke tingkatan 2.Bersekolah sebelah petang.Pukul 10.30 pagi naik bas dari Sungkai sampai Tapah lebih kurang pukul 11.45.Tambang bas 35sen sehala.Balik 35sen juga.Tiap-tiap hari ayah beri 90 sen.Lebih 20 sen untuk belanja.Duit dimasuk dalam poket seluar kemudian diikat dengan getah.Takut hilang atau terjatuh.Seluar pendek biru baju biru laut.Itulah pakaian kesekolah.Kolar baju sampai bertampal-tampal.Banyak daki tengkuk.Bila berus nak buang daki koyak sikit.Tampal.Koyak lagi.Tampal lagi.Dapat borang untuk mohon biasiswa kecil negeri Perak.Jumpa DO(Pegawai Daerah) minta sokongan.Tak tahu cerita.Tak layaklah tu.Akhirnya cikgu bagi kain untuk buat baju.Alhamdulillah.Teringat aku cikgu Mokhtar menghulurkan kain untuk buat baju sekolah.Agaknya cikgu-cikgu kesian tengok aku pakai baju bertampal kat kolar.Dalam peperiksaan aku berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama hingga ke akhirtahun.
Tahun 1965 kami naik ke tingkatan 3.Kami akan menduduki peperiksaan LCE.Kata cikgu Abdullah Rawi, LCE tu lembu cabut ekor, sambil senyum-senyum, berguraulah tu.Aku gagal mendapat keputusan cemerlang dalam LCE walaupun dalam peperiksaan penggal aku menduduki tempat pertama.Kawanku Mohd Morshid bin Ahmad Shaari terpilih ke Sekolah Alam Shah untuk ke tingkatan 4 tahun 1966.
Semasa dalam tingkatan 4, 1966, ramai kawan-kawan baru yang datang dari sekolah lain.Antaranya Misran Rokimin dari Sekolah Izzudin Shah Ipoh. Normah Abd Halim anak penghulu Tapah dari Taiping sebab becakap loghat utara.Adnan Arifin,Mohd Zainudin, Hambali, Zaitun Husain dan Noraini Arshad.Mereka ni retainees LCE tahun 1964.Ambil sekali lagi tahun 1965 bersama aku.
Dalam tahun 1966 ini aku sekali lagi ambil bahagian dalam pertandingan syarahan agama antara sekolah-sekolah peringkat daerah Batang Padang.Itu sajalah aktiviti yang sesuai dengan susuk tubuhku yang comel.Aku mewakili sekolah GESS Tapah.Berlatih sendirian depan cermin besar kat rumah.Sekali lagi aku gegarkan Dewan Hamid Khan dengan syarahan bertajuk Nafsu Dan Akal.Mendapat tempat kedua, naib johan daerah dengan hadiah tuala mandi.Masa tu hebat sangat dah hadiah tuala mandi.Kalau tidak pakai kain cukin buat lap badan lepas mandi.
Dramatis sensasi air mata Asiah Sarji dan Misran Rokimin menempa nama dalam drama Salah Langkah, persembahan penutup tirai tahun 1966, di bawah arahan pengarah bebakat senior kami Adnan Ibrahim.
Tahun 1967, adalah tahun akhir aku di GESS Tapah.Kami akan menghadapi SPM.Mat Yunus rajin datang ke rumahku mentelaah pelajaran.Kami berbincang pelajaran yang kami rasa perlu ditelaahkan, iaitu Ilmu Alam.Buku teksnya Amerika Utara Dan Eropah.Ayahnya baik.Dia mahu kami berjaya dalam peperiksaan nanti.Ayahnya seorang penoreh getah.Ada memelihara beberapa ekor kambing.Tiap-tiap pagi Mat Yunus minum susu kambing sebelum ke sekolah.Ayahku pula berniaga.Berniaga kuih apam balik.Duit apam balik itulah menyara persekolahanku dan adik-adikku.Berdiri berjam-jam lamanya setiap hari dengan panas api dapur semawa butterfly.Apabila pulang ayah sangat keletihan.Kesian ayah.Itu saja pintu rezeki untuk kami sekeluarga.Keputusan SPM ku tak beraapa cemerlang hanya mampu dapat gred 2.Asiah Sarji dapat gred 1.Mat Yunus gred 2, begitu juga dengan Zaitun Shafie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan