Tahun depan, tahun 1961 aku terus berada di Sekolah Umum Sungkai.Naik darjah 5.Guru darjah aku cikgu Sha'arani.Tak lama mengajar, dia bertukar ke Slim River.Cikgu Yahya bin Haji Abu Bakar mengambil alih guru darjah aku.
Semasa di sekolah rendah, aku adalah diantara tiga orang murid yang menjadi harapan sekolah dalam bidang pelajaran.Apabila ada kelas tambahan setiap Sabtu, kami bertiga yang hadir.Sekali-sekala guru besar, Mohd Sharif menjengok kami belajar.
Permainan yang aku gemari, sepakraga.Kedudukan aku sebagai tekong regu B.Selain itu menjadi pelatih bola jaring bagi pasukan bolajaring sekolah.Pasukan bolajaring sekolah, kuat.Disegani pasukan dari sekolah-sekolah berhampiran.Mungkin kerana pemain-pemain bolajaring ni selalu berlatih melawan pasukan lelaki.Sehinggakan masa bertanding dengan pasukan lawan, kata cikgu Aris, garang dan berani macam murid lelaki.Yang nyata garang dan cergas Salmah.Sebagai penyerang, sanggup berguling-guling merebut bola.Natrah pula penjaring gol yang lemah-lembut orangnya.Ramlah periang orangnya.Dapat tangkap atau terlepas bola, dia tetap senyum.Sampai jurulatih cikgu Aris menjerit di tepi padang suruh dia garang sedikit.Manaf rakan pasukan aku patah dua batang gigi atasnya berlanggar dengan Leka.Dia mencari-cari giginya yang patah atas padang.Selepas latihan, cikgu Aris bawa Leka ke klinik untuk rawatan kerana keningnya berdarah.Esok harinya cikgu Aris beritahu gigi Manaf terlekat pada kening Leka.Kami ketawa.Murid-murid lain yang mendengar penerangan cikgu Aris juga turut tertawa.
Tahun 1962, kami naik darjah 6.Kami akan menduduki peperiksaan untuk masuk ke sekolah menengah.Jika gagal tidak dapat meneruskan pelajaran.Tolong mak ayah buat kerja kat rumah.Ada dua kali peperiksaan.Pertama peperiksaan darjah 6.Mata pelajarannya Bahasa Melayu, English,Kira-kira, Ilmu Kejadian,Tawarikh dan Ilmu Alam.Kedua peperiksaan Ugama Islam untuk masuk ke sekolah menengah ugama.Masa peperiksaan Ugama Islam,ramai murid dari sekolah lain datang menduduki peperiksaan.Sekolah Umum Sungkai jadi pusat peperiksaan.
Akhir tahun, dalam masa cuti sekolah, dapat tahu keputusan.Ismail dapat A dalam peperiksaan Ugama Islam.Dia ditawarkan ke Sekolah Izzudin Shah, Ipoh.Zawiyah juga dapat A, ditawarkan ke Sekolah Raja Perempuan Ta'yah, Ipoh.Aku gagal.Mat Yunus lulus tapi tiada tawaran.Kami menunggu keputusan peperiksaan darjah 6.Aku dan mat Yunus hanya dapat B.Ismail sekali lagi dapat A.Ditawarkan ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.Salmah dapat B,Mokhtar,Mazlan,Soid dan Abdul Razak dapat C.Yang lain-lain tidak lulus.Tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah menengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan