Ketika itu aku adalah anak bongsu.Abang Not masuk darjah satu.Abang Kama dalam darjah tiga.Kak Mah dalam darjah empat.Suatu pagi, kak Mah dan abang Not sudah naik bas untuk ke sekolah.Abang Kama pula tak mahu pergi.Dia menangis-nangis.Pemandu bas membunyikan hon berkali-kali.Pak naik marah.Dia heret abang Kama.Ketika melalui titi batang pinang, kakinya tergantung-gantung dalam parit.Sampai-sampai dekat bas, pak lambung abang Kama ke dalam bas.Bas pun bergerak laju ke Simpang Empat.Aku memerhati suasana pagi itu dengan sayu.Air mataku mengalir perlahan-lahan membasahi pipi sepertimana air parit tu mengalir lesu kerana air pasang pagi.
Pagi itu, pak terus ke bendang melihat padi yang sudah ditanam.Dia menarik nafas panjang menghirup udara bersih.Tajak yang dibawanya sama-sama menikmati kehijauan padi yang subur.Sambil menabur habu ke arah anak-anak pokok padi fikirannya melayang ke masa depan.Apakah sempurna aku menafkah anak-anakku dengan ilmu pengetahuan sedangkan inilah saja yang aku mampu.Ya Allah jadikan anak-anakku insan yang berguna, yang berilmu, yang boleh mengharungi hidup ini selepas ketiadaanku kelak.
Tengah hari pak pulang dari bendang dengan membawa labu air beberapa biji
Kak Mah, abang Kama dan abang Not pulang dari sekolah.Aku menyambut mereka di muka pintu.
Abang Kama membeli buah kana.Dapatlah aku merasa sebiji.Abang Not membeli asam katuk.Jilat-pelat aku melihatnya menjilat jari.Kedekut.Kata hati kecilku.Kak Mah mencerita perihal abang Kama dalam bas semasa ke sekolah.
Kami makan tengah hari bersama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan