Ahad, 20 Julai 2014

Bab 2

Di suatu pagi, mak, pak, kak Mah,abang Kama, abang Not, tok wan dan tok wa turun ke bendang untuk menanam padi.Petak sawah dipenuhi air.Aku takut.Aku berdiri di atas batas memerhati mereka menanam padi menggunakan kuku kambing.Makin lama mereka semakin jauh.Tinggal aku sendirian.
"Mak....," aku menjerit.Mak memahami perasaan aku.Ayahku datang mendukung aku ke tempat mereka menanam.Aku diletakkan di atas dahan pokok berhampiran batas di situ.Bergoyang-goyang ke kiri ke kanan ditiup angin.Aku beranikan diri.Aku takut terjatuh.Pokok tu bukanlah besar.Setinggi abang Kama.Sesekali angin bertiup kuat, pokok itu melentuk-liuk.Kaki aku terendam dalam air bendang yang keruh.Bertambah takut aku.Terpandang aku seekor pacat di hujung dahan mengintai-intai aku.Kaki aku tergelincir.Bedebab jatuh.Tok wan cepat-cepat datang
"Awatnya..!" tanya tok wan.
Aku muncungkan mulut ke arah pacat.Terketar-ketar aku ketakutan.
"Allaaah, besaq tu pun takut."
Tok wan menjentik, pacat tu terpelanting jauh ke sebelah sana batas.Semua orang tertawa.Tok wan memujuk aku.Dia mengangkat aku ke atas dahan pokok tadi.Aku menarik nafas lega.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan